Ramai yang masih tidak ketahui namun sebenarnya terdapat banyak antivirus yang ditawarkan percuma. Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan lesennya.
Ramai tertanya-tanya apakah kebaikan menggunakan versi yang percuma dari berbayar ? Dan ada pula yang beranggapan versi percuma tidak bagus langsung. Tanggapan itu sebenarnya salah kerana enjin ataupun sistem antivirus mereka adalah sama tiada perbezaan dari yang percuma mahupun berbayar. Perbezaan yang ketara adalah dari segi ‘protection’ / keselamatan yang disediakan. Selalunya yang berbayar mempunyai semua ciri seperti tersedia antispyware dan firewall.
Langkah menyediakan antivirus percuma ini merupakan strategi pemasaran mereka agar kita membeli yang berbayar kerana selalunya semua ciri tersedia dan server untuk kemaskini (update) adalah lebih cepat. Malahan ada pula antivirus ini mengumpul virus-virus baru dari versi free mereka agar pengguna yang berbayar dapat mengesan virus itu. Fikir-fikirkan ..
Sebenarnya sesuatu antivirus itu tidak dapat dinilai terbaik untuk satu jangka waktu. Dimana ada kalanya ia tidak dapat mengesan sesuatu virus. Untuk memastikan keberkesanannya sekiranya fail virus dapat dikesan, tindakan yang perlu diambil adalah dengan melapor dan menghantar virus itu kepada website antivirus itu sendiri.
Dengan kaedah menghantar virus baru kepada syarikat antivirus anda telah membantu pengguna lain di dunia yang belum terkena virus itu.
rujukan dari : http://itinfo.uthm.edu.my/arkib/antivirus-percuma
-----------------------------------------------------------------------------
Artikel Kedua tentang Kebaikan memakai Antivirus Berbayar
Artikel di ambil dari forum wangcyber
Bagi saya antivirus yang free masih sangat terbuka kepada virus untuk menyerang.. Sebab itu dia bagi free.. Contoh sebelum guna Panda saya guna AVG free.. Dan dapat rasa seakan ada virus yang dah masuk PC (berdasarkan prestasi dan fungsi PC yang sedikit terjejas).. Bila tukar je kepada Panda scan terus detect beratus2 virus dah masuk.. Lepas clean semua virus baru PC kembali kepada keadaan asal.. Contoh ada satu CC client saya, saya install antivirus free je selepas selesai format semua PC.. Hasilnya tak sampai 2 bulan macam2 virus bertapak.. Nak senang kena lah format balik.. Satu lagi contoh, ada satu client saya sebelum ni pakai AVG free version je.. Dan punya lah risau dalam 5 PC yang ada dia guna satu PC je untuk masuk ke Internet dan untuk cucuk pendrive customer.. Masa tu saya ada urusan dengan dia, saya perasan PC dia yang satu ni slow sesangat (salah satu symptom kene virus).. Jadi saya pun offer lah Panda.. Lepas dah install diorang berpuashati.. Virus dari pendrive customer semua terus detect dan dibersihkan sebelum sempat masuk ke PC.. Dan kini semua PC dia dah share Internet connection.. Alhamdulillah selepas 3 bulan tak ada masalah..
Sebelum ni pakai Yang Panda 2008 tu license dia boleh guna untuk Panda Internet Security 2009 sebab activate selepas produk 2009 keluar.. Tapi masa tu saya tak bawak installer Panda 2009 jadi saya install dulu yang 2008 dan tak update database.. Hasilnya ada satu virus baru dari pendrive 2008 tak dapat nak delete betul2... Lepas delete ada balik.. Tapi lepas scan kat PC lain yang ada 2009 punye, virus tu berjaya dipadamkan.. Dan check balik kat 2008 memang virus tu alhamdulillah dah takde.. Bagi saya memang berpuashati guna Antivirus berbayar.. Panda kurang terkenal kerana dia lebih tumpu kepada sektor korporat berbanding pengguna rumah.. Berbanding Kapersky yang tumpu pada pengguna rumah.. Tepai prestasi panda sekarang amat baik dan hampir setaraf dengan Kaspersky.
Artikel Ketiga tentang Kebaikan memakai Antivirus Berbayar - Pengalaman sendiri setelah menjual dan memasang antivirus Berbayar.
Pengalaman saya pula apabila setelah sekian lama menginstall dan memasang antivirus Panda Internet Security ni ternyata mmg ada kebenarannya. Saya ambil satu contoh terbaru yang berlaku minggu lepas (08.12.2009) saya menginstall antivirus berbayar ini (PIS 2010) di laptop kawan yang menggunakan Avira Free version. Setahu saya avira adalah antivirus free yang baik antara antivirus yang free. Semasa menggunakan avira, dia selalu update dan melakukan full scan pada laptopnya. Tapi tak dapat mengesan sebarang virus pun. Kemudia dia merasakan laptopnya semakin slow dan seperti kurang selesa menggunakannya. Tapi apabila melakukan full scan virus pun ttp tak mengesan virus.
Kemudian dia berjumpa saya dan ingin memasang antivirus Panda 2010. Lagipun murah, berbaloi.. hanya lebih kurang RM 0.11 sehari , kita dapat perlindungan yang menyeluruh dari serangan antivirus dan keselamatan menggunakan internet (terutama transaksi bank). Kemudian saya uninstall avira dan install Panda Berbayar. Setelah melakukan Full Scan , sy dapat mengesan virus trojan sedangkan Avira free version tidak mengesan trojan tersebut. Jadi ini menunjukkan bahawa, yang percuma tidak berfungsi dengan sepenuhnya dan laptop berpotensi dijangkiti virus. Jadi sekarang laptop beliau telah running dengan baik dan lancar.
Jadi nasihat saya pakailah yang berbayar.. Jika antivirus free tak detect apa2 virus masuk itu tak bermakna virus tak masuk.. Sebenarnya ada virus tapi tak dapat detect..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan