11 Julai 2011

Sultan yang sangat rendah diri , humble dan berjiwa rakyat

Asslammualaikum……Pertama kali seumur hidup kita dapat lihat betapa “humble” seorang sultan dimuka bumi ini. Semoga Allah melanjutkn usia tuanku dan merahmati tuanku dunia dan akhirat. Amin.


Dapat yg lelain jadi imam surau pun alhamdulilLah…



Bangga Dengan YM Tengku Faris Petra


Berita ni agak lama..namun bila baru lepas bersembang dengan orang2 kampung..cerita ni masih segar dalam ingatan diaorang..kebanggaan rakyat setempat..

mudah-mudahan Tengku Faris akan menjadi seorang yang bertaqwa dan menjadi pejuang dan pendokong agama Islam di negeri kelantan yang bertuah dan di Malaysia amnya..

Kami semua bangga dengan Tengku dan kami akan menyokong Tengku...Tengku lah harapan kami memartabatkan kembali imej raja2 melayu yang lama telah lesu...dengan izin Allahuakbar!!!





PUJIAN PADA TENGKU FARIS
Tuesday, January 19, 2010 , Posted by SYED HUSSAIN IDROS at 4:10 PM
Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.


Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.



Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat .......... sehingga tidak terkata. Mungkin peristiwa ini akan menjadi iktibar dan akan berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia. Apa sekali pun, inilah dia Tengku Faris yang mempunyai keperibadian yang tersendiri yang disenangi oleh sekalian rakyat negeri Kelantan dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakyat Baginda.

Sepanjang baginda memangku sebagai sultan Kelantan, sebahagian duit elaun memangku digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid2.. Tengku berpesan agar disimpan untuknya seekor..bukan untuk beliau makan sorang2..
tetapi untuk Baginda sembelih dengan tangan baginda sendiri..




KOTA BAHARU, 28 Nov -- Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (tengah) berkenan menyembelih lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di perkarangan Komplek Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini. Sebanyak 50 ekor lembu di korbankan dan daging diagihkan kepada golongan fakir miskin dan anak-anak yatin yang tinggal di kawasan berdekatan.


Pemimpin macam inilah yg wajar kita ikut.....















p/s : bagaimana perasaan anda bila bertemu dengan sultan yang berjiwa rakyat ini? Sultan Muhammad Faris Petra juga menukarkan laungan Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar supaya orang yang mengucapkan itu mendapat pahala.. Ya Allah.. Kau panjangkan umur sultan Muhammad Faris Petra supaya baginda dapat memperhambakan dirinya kepada-Mu dan membantu rakyat menjadi insan yang beriman.

Tiada ulasan: