Saya di sini ingin berkongsi dengan anda pengalaman menjual dan menggunakan panda antivirus. Mungkin ramai antara kita masih ragu-ragu untuk menggunakan panda antivirus ni. Mungkin kerana jarang di dengar atau tak pernah dengar. Tapi bagi saya Panda ni salah satu antivirus yang bagus boleh dikatakan setanding kaspersky. Kebanyakkan sy tengok di IPT juga banyak menggunakan Panda Antivirus di IPT masing2. Selain daripada murah, ia juga melindungi PC anda dengan baik dari jangkitan malware (malicious software seperti virus, spam, spyware, ad-ware, dan pelbagai software yang merosakkan sistem PC). Kawan-kawan saya di yang bekerja di kolej komuniti banyak yang menggunakan Panda Antivirus kerana berpuas hati dengan kualiti Panda Antivirus.
Alasan-alasan lain kenapa perlu pilih Panda Antivirus (dari pengalaman sy dan komen kawan-kawan yang dah menggunaknnya) :
Alasan-alasan lain kenapa perlu pilih Panda Antivirus (dari pengalaman sy dan komen kawan-kawan yang dah menggunaknnya) :
- Dapat mengesan virus-virus terkini dengan cepat. Kawan-kawan saya ramai yang menyokong pernyataan ini kerana byk virus2 baru dapat dikesan dan diperbaiki.
- Perlindungan USB drive. Mcm mana yang kita tahu, punca virus merebak kebanyakkan melalui USB Drive (Pen Drive, Thumb Drive). Jadi panda dapat menghalang virus yang berada di usb daripada menjangkiti PC anda.
- Perlindungan serangan rangkaian. Saya sendiri kagum dengan antivirus Panda ni kerana dapat menghalang serangan virus yang menyerang melalui network (internet dan network tempat kerja). Saya sendiri memakai Panda Internet Security dan melihat ada virus dari Pc lain (dlm network tmpt kerja saya) ingin masuk ke Pc saya melalui rangkaian. Saya sangat berpuas hati.
- Mudah digunakan. Amat mudah digunakan bagi pengguna yang baru menggunakan komputer. Install Panda kemudian biarkan saja Panda mengurus keselamatan PC anda*.
- Murah berbanding prestasinya yang tinggi. Panda antivirus adalah murah berbanding jenama terkenal yang lain
p/s : bukanlah saya nak memuji antivirus Panda ni sbb nak lakukan jualan antivirus saya. Tp ini adalah komen2 dari kawan2 yang dah gunakan panda. Saya juga sebagai orang yang berpengalaman dalam komputer selama 10 tahun ni pun puas hati gunakan Panda. Panda adalah antivirus yang terbaik dengan harga yang murah daripada jenama antivirus yang lain. Tepuk dada tanya selera.
Ingat juga dari saya, berhati-hatilah membeli antivirus yang murah (selalunya Kaspersky Internet Security yang berharga antara RM20 - RM35) dari internet kerana ia tidak original seperti apa yang mereka katakan. Kaspersky yang original untuk 1 user berharga antara RM50~ RM70. Mintalah surat pengesahan sebagai pengedar untuk mengelakkan di tipu. Ini untuk mengelakkan key anda di blacklist sebelum tarikh tempoh tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan