21 November 2008

Ikutlah seperti beliau..

.
Kelmarin saya menghadiri satu taklimat oleh Prestariang(Microsoft) di Shah Alam. Saya tertarik apabila penceramah tu menceritakan tentang peristiwa yang dia alami bertemu dengan Tuan Guru Haji
Nik Abdul Aziz .

Dimulakan cerita, penceramah ingin meminjam pen dari Tuan Guru untuk menulis sesuatu (untuk dokumen persendirian), tetapi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak memberikan pen tersebut tetapi diberikan pen yang dikeluarkan dari dalam begnya. Penceramah pelik dan bertanya kenapa beliau berbuat seperti itu. Beliau berkata, "pen itu adalah milik kerajaan(rakyat) maka beliau tidak boleh bagi guna pen itu untuk kegunaan peribadi". Pen yang ada di begnya itu adalah pen yang dibelinya dengan duit sendiri.

Teringat pula saya akan cerita Saidina Umar , perkara seremeh pelita lampu pon sudah cukup menakutkan Saidina Umar Abdul Aziz ketika hendak berbicara soal keluarga yang tiada kene mengena dengan pemerintahan negara. Lampu pelita kepunyaan negara di padam tatkala hendak berbicara dengan anak kesayangannya kerana takut Allah mempersoalkannya di akhirat kelak.

Mulianya pemimpin seperti ini, dah la tidak guna harta kerajaan(org lain) untuk kegunaan sendiri, bahkan tak hidup mewah kerana nak bagi orang-orang yang miskin dan susah ni dapat dikurangkan beban hidup seperti Saidina Umar yang sanggup tidur di lantai semata-mata untuk rakyat. Semoga cerita ni bole jadi iktibar pada kita. Sebenarnya banyak kita lakukan sama ada sedar atau tidak. Oleh itu cubalah untuk berubah. Semoga kita diberi hidayah dan taufiq daripada Allah untuk menjadi insan yang soleh dan solehah.. aminn


p/s: Mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia , halalkan apa yang telah sy gunakan. InsyAllah akan cuba berubah.

-wallahualam-

Tiada ulasan: