31 Disember 2008

Nasihat kehidupan

.
1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK .
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri
memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang
tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang
merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

24 Disember 2008

Keseorangan? Kesepian? Kesunyian?

.
Anda merasakan
kesunyian dan kesepian bila keseorangan..?
Janganlah bersedih kerana satu hari nanti kita akan berkeseorangan juga bila mati nanti..
Bukan saja di dalam kubur nanti, bahkan di padang mahsyar juga kita akan keseorangan..
walaupun berjuta2 manusia di sana..

Jadi ingatlah dan beramallah kepada Allah yang Maha Esa..
Dengan cinta kepada-Nya , kita tak akan merasa kesunyian di dunia,
Bahkan di dalam kubur nanti..
Kerana ada iman dan amal soleh yang akan menemani kita..
Bila kita keseorangan..

Jadi , Kuatkan Kesabaran dan Janganlah Bersedih ..
kerana bahagia akan menanti ..


-wan kkseg-

23 Disember 2008

Mohon lah kemaafan dan maafkanlah dosa sesama manusia..

.
Dosa dengan Allah, insyAllah boleh terampun dengan bertaubat kepada-Nya.. sesungguhnya Allah Maha Pemberi taubat..

Tetapi dosa dengan manusia amatlah berat sekiranya tiada keampunan dari orang itu.. manusia kadangkala tidak mahu memaafkan kesalahan atas ke-egoannya sendiri dan apatah lagi sekiranya orang yang kita berdosa kepadanya telah meninggal dunia..

Renung-renungkanlah.. buangkanlah perasaan benci dan
maafkanlah pada manusia yg berbuat salah pada kita setiap hari dan mohonlah kemaafkan sekiranya melakukan salah..

-wan kkseg-

Malam Pertama Di Alam Kubur

.
Dalam kitab Ar-Ruh menyebutkan ada beberapa dosa dan maksiat yang dapat menyebabkan kita di siksa dalam kubur, diantaranya :
  1. Melalaikan Solat
  2. Membaca Al-Quran kemudian melupakan
  3. Tidak bersuci selepas membuang air kecil
  4. Berkata Bohong
  5. Tidak membayar zakat
  6. Pola hidup yang berlebih-lebihan
  7. Makan Riba'
  8. Rasuah
  9. Memfitnah sesama saudara Muslim
  10. Khianat terhadap amanah
  11. Enggan menolong sesama muslim
  12. Minum arak, berzina dan membunuh

Rasullulah bersabda : Sesungguhnya kubur itu memiliki himpitan. Seandainya ada orang yang selamat darinya, Maka selamatlah Saad bin Mu'adz. Padahal dia adalah seorang pemimpin penuh kemuliaan. Kematiannya menggoncang 'Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit. Kesyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat. tetapi masih mengalami himpitan kubur, dan kemudian Allah melapangkannya.
p/s : Saad bin Mu'adz seorang pemimpin yang besar, hamba Allah yang soleh dan mendapat mati syahid mengalami himpitan kubur.. Bagaimana dengan saya dan Anda?


Kejadian nyata tentang siksa kubur (terjadi di jazirah Arab), gambar seorang pemuda yang dikeluarkan dari kuburnya setelah beberapa jam saja dimakamkan, perhatikan bagaimana akibat azab kubur dapat mengubah wajah dan jasadnya..
Diberitakan, dia adalah remaja muslim yang meninggal dunia di umur 18 tahun, diceritakan dia adalah remaja yang rosak agamanya dan sering melalaikan solat, setelah 3 jam dikuburkan ayahnya mengiginkan dibongkar kembali kuburanya untuk di bedah siasat. PAndangan sangat mengerikan, rambut yang hitam menjadi beruban. Mulut dan hidung, pecah mengalir darah segar seperti baru menjalani siksaan yang maha keras.

Gambar di atas seperti ada yang memukul kuat dari belakang.. bagi seorang muslim , ini adalah pengajaran yang sangat2 bermakna.. Wallahualam..

(imej terpaksa dikecilkan kerana mungkin memudaratkan, klik untuk melihat saiz sebenar)


"Aisyah bertanya tentang azab kubur, Rasulluah menjawab : Ya, azab kubur pasti ada" (HR. Bukhari-Kitab Al-Janaiz)
"Aisyah RA, meriwayatkan bahawa Rasulluah berdoa dalam solatnya, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur......" (HR. Mutafaqun Alaih


" Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur, janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu" (Qs At-takatsur ; 1-3)


"Wahai anak adam, meskipun dosamu sepenuh petala langit kemudian engkau memohon ampun dari-Ku, Ampunan dari-Ku dan tidak pada yang enggan."

Saksikan Video ini.. Semoga menjadi ikhtibar ..
















22 Disember 2008

Passport Malaysia hanya RM150 tahun depan

Passport Malaysia hanya RM150 je tahun depan

sumber - rakan yg bekerja kastam di gelang patah

-jom pegi luar negara-

16 Disember 2008

Suami jadi suri rumah? — Keluarga jadi pincang – Dr. Lo’Lo’

Manakala Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita, Datuk Sharizat Abd Jalil berkata fenomena ini adalah sihat.
KUALA LUMPUR 22 Ogos
: Keluarga akan menjadi pincang jika lelaki dibiarkan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ia amat bertentangan dengan agama dan fitrah kehidupan manusia kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Lo’ Lo’ Mohd. Ghazali.

suami jadi suri rumah

Menurutnya, Islam sendiri telah menetapkan bahawa tugas utama suami ialah mencari nafkah serta menyediakan keperluan asas mengikut kemampuan masing-masing.

Kata beliau, golongan isteri hanya bersifat sebagai pembantu kepada suami dan mereka tidak seharusnya dibebankan dengan tugas menyara keluarga walaupun pendapatan yang diperoleh lebih tinggi.

“Perkara ini ada disebut dalam al-Quran dan oleh itu ia wajib dipatuhi. Fitrah ini tidak boleh diubah dan jika ia benar-benar berlaku pada masa depan kehidupan keluarga terlibat boleh menjadi pincang.

“Bagi saya bilangan wanita atau isteri profesional lebih ramai bukan satu masalah kerana dalam apa jua keadaan suami wajib menjalankan tanggungjawab mencari nafkah kerana ia merupakan tuntutan agama.

“Jenis pekerjaan tidak harus menjadi isu asalkan pekerjaan itu halal dan tidak bertentangan dengan Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah bahawa ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan.

Ibrahim berkata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki jumlah pelajar perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki.

Dr. Lo’ Lo’ berkata, semua pihak harus sedar bahawa setiap peraturan dalam Islam ada hikmahnya dan jika ia diingkari boleh mendatangkan musibah.

Beliau sendiri, jelasnya, mempunyai kenalan wanita yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dan berkahwin dengan lelaki berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya lihat keluarga mereka cukup bahagia walaupun pendapatan isteri lebih tinggi daripada suami. Dalam keadaan seperti ini apa yang lebih penting ialah persefahaman.

“Walaupun pendapatan suami tidak setinggi mana, suami tetap menjadi ketua keluarga dan kedudukan ini tidak akan berubah sampai bila-bila,” katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku dalam keluarga kenalannya itu ialah suami tetap bekerja walaupun pendapatan isterinya besar.

“Saya tidak boleh terima suami duduk di rumah menjadi suri rumah. Mereka perlu bekerja walaupun pendapatannya tidak seberapa. Suami tetap kena bekerja.

“Kedudukan isteri yang lebih tinggi dari segi kewangan tidak boleh dijadikan alasan tanggungjawab serta tugas menyara keluarga diserahkan kepada isteri.

“Bagi isteri pula kita wajib patuh kepada suami walaupun kita ini golongan profesional. Saya sendiri masuk ke dapur walaupun saya seorang doktor kerana ia adalah tugas saya ketika berada di rumah,” katanya.

Fenomena sihat - Sharizat
Lelaki ke dapur adalah satu fenomena yang sihat kerana ia mewujudkan perkongsian dan tanggungjawab dalam membesarkan anak serta mengurus rumah tangga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, jika dahulu lelaki ke dapur dianggap tidak ‘macho’, tetapi sekarang ukuran tersebut telah berubah apabila semakin ramai golongan lelaki termasuk yang berpendidikan tinggi berbuat demikian.

‘‘Bagi saya, sama ada wanita atau lelaki ke dapur bukan isunya. Yang mustahak ialah hormat yang diberi kepada pasangan kita.

‘‘Kalau wanita duduk di rumah dan ke dapur pun, kalau kaum bapa yang bekerja tetapi tidak beri hormat, tidak patut. Samalah juga kaum bapa dia sendiri nak duduk di rumah, boleh, tetapi kita mesti hormat dia,’’ kata kepada pemberita di sini, hari ini.

Shahrizat berkata, demikian ketika diminta mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia mengenai kemungkinan ramai lelaki terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan.

Menurut Shahrizat, ramai lelaki di kalangan pasangan muda sekarang ke dapur dengan sukarela dan bersama-sama mendidik anak serta menguruskan rumah tangga.

Fenomena itu sebaliknya kata beliau, tidak boleh dilihat pada zaman beliau dengan tiada lelaki hendak ke dapur.

‘‘Saya tengok sekarang, banyak pasangan muda yang ke dapur, dia tolong jaga anak, bantu membuat susu anak dan mencuci lampin.

‘‘Bukan ada polisi (menyuruh mereka berbuat demikian) tetapi mereka sendiri mahu mengecapi nikmat menjadi seorang ayah. Ini termasuklah menjadi sebahagian daripada proses pembesaran anak- anak.

‘‘Mereka tidak melihat itu sebagai satu perkara yang merendahkan martabat mereka tetapi mereka hendak menjadi sebahagian daripada proses tersebut,’’ katanya.

Shahrizat menjelaskan, secara tradisi wanita merupakan orang yang bertanggungjawab untuk ke dapur, mengurus rumah tangga dan membesarkan anak.

‘‘Tetapi kaum bapa sekarang sedang merasai nikmat menjadi seorang ayah. Jadi, mereka tidak mahu melepaskannya,’’ katanya.

Mengenai kekurangan pelajar lelaki di IPT, beliau yang turut bimbang dengan perkembangan itu bagaimanapun menegaskan, peluang pelajar perempuan tidak patut dikorbankan hanya kerana peratusan pelajar lelaki telah merudum.

Sebaliknya, Shahrizat yang menggesa semua pihak mengambil serius perkara itu, mahu satu jalan penyelesaian terbaik dicari tetapi tanpa menyekat peluang pelajar wanita.

‘‘Zaman ini, kita tidak boleh lagi berbicara hendak meningkatkan standard wanita supaya mereka susah nak masuk (IPT) dan mengurangkan peratusannya.

‘‘Kita tidak boleh ada diskriminasi di negara ini. Sebaliknya, kita kena ada satu perancangan supaya pelajar lelaki boleh bersaing bersama pelajar perempuan.

‘‘Saya tidak rela melihat anak generasi muda daripada kaum lelaki terbiar, tetapi jangan sekali-kali mengorbankan kaum wanita hanya kerana hendak memastikan bilangan seimbang,’’ tegasnya.


p/s : so para lelaki.. kerjalah walaupun menjadi pencacai pengangkat najis(janji ikhlas), itu adalah lagi mulia daripada kaya raya (korporat) tapi mencuri, melakukan riba', dsb..

sumber : http://jiwokelate.wordpress.com/

Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah

sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan

lari bersama-sama dengan salam itu.



Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,

Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,

setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua

memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'




'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu'

12 Disember 2008

Pesanan Allah pula kepada Wanita..

1) Pandangan mata mesti ditundukkan..
2) Peliharalah maruah dan kehormatan diri..
3) Jangan dok tayang perhiasan diri.. iaitu badan (aurat dan bentuk badan) dan barang perhiasan.

petikan dari ceramah Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad

Jaminan Allah masuk Syurga jika jaga 6 perkara ni..

1) Kalau bercakap, jangan berbohong..
2) Jika di amanahkan sesuatu benda, jangan khianati amanah itu..
3) Apabila kamu berjanji, jangan mungkiri..
4) Tundukkanlah pandangan mata kamu.. pelihara mata dari melihat benda yang boleh
merosakkan iman.
5) Tahan tangan2 dari buat benda2 berdosa..
6) Peliharalah kemaluan kamu..


petikan dari ceramah Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad

11 Disember 2008

Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang..

.
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Prechorus:

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Chorus

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang

Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

(Strings Bridge)
Prechorus


Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


p/s : erm..

01 Disember 2008

Terima Kasih..







Terima kasih kerana berminat dengan produk ini..

Saya akan respond dengan secepat mungkin..

- wan segamat -

sebarang pertanyaan hubungi :

0127033714


- authorized Panda Security reseller -



21 November 2008

Ku mohon petunjuk-Mu

.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". Amin..

~engin or it , part or full~

Ikutlah seperti beliau..

.
Kelmarin saya menghadiri satu taklimat oleh Prestariang(Microsoft) di Shah Alam. Saya tertarik apabila penceramah tu menceritakan tentang peristiwa yang dia alami bertemu dengan Tuan Guru Haji
Nik Abdul Aziz .

Dimulakan cerita, penceramah ingin meminjam pen dari Tuan Guru untuk menulis sesuatu (untuk dokumen persendirian), tetapi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak memberikan pen tersebut tetapi diberikan pen yang dikeluarkan dari dalam begnya. Penceramah pelik dan bertanya kenapa beliau berbuat seperti itu. Beliau berkata, "pen itu adalah milik kerajaan(rakyat) maka beliau tidak boleh bagi guna pen itu untuk kegunaan peribadi". Pen yang ada di begnya itu adalah pen yang dibelinya dengan duit sendiri.

Teringat pula saya akan cerita Saidina Umar , perkara seremeh pelita lampu pon sudah cukup menakutkan Saidina Umar Abdul Aziz ketika hendak berbicara soal keluarga yang tiada kene mengena dengan pemerintahan negara. Lampu pelita kepunyaan negara di padam tatkala hendak berbicara dengan anak kesayangannya kerana takut Allah mempersoalkannya di akhirat kelak.

Mulianya pemimpin seperti ini, dah la tidak guna harta kerajaan(org lain) untuk kegunaan sendiri, bahkan tak hidup mewah kerana nak bagi orang-orang yang miskin dan susah ni dapat dikurangkan beban hidup seperti Saidina Umar yang sanggup tidur di lantai semata-mata untuk rakyat. Semoga cerita ni bole jadi iktibar pada kita. Sebenarnya banyak kita lakukan sama ada sedar atau tidak. Oleh itu cubalah untuk berubah. Semoga kita diberi hidayah dan taufiq daripada Allah untuk menjadi insan yang soleh dan solehah.. aminn


p/s: Mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia , halalkan apa yang telah sy gunakan. InsyAllah akan cuba berubah.

-wallahualam-

Doa - Doa Yang Baik Di Amalkan

.

Doa Meransang Diri dan Keluarga Agar jaga Solat

Ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitupun anak2ku. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku..



Doa Melihat Cermin

Segala Puji bagi Allah yang mempercantikkan diriku, percantiklah juga akhlak ku


Doa Menjauhi Dari Kejahatan

Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku lahirkan terimalah uzurku.


Doa Menjauhi Dari Kesulitan

Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah dan berselindung daripada lemah dan malas dan berlindung daripada takut dan bakhil dan berlindung daripada banyak hutang dan penindasan orang.


19 November 2008

Tanda - tanda orang yang Allah kasihi..

  1. Orang yang suke berbuat baik
  2. Orang yang suke orang lain berbuat baik
  3. Dia suka kebajikan tersebar luas
  4. Dia yakin amalan yang dibuat di terima Allah
  5. Dia rindu kepada Allah kalau tak sempat berbuat baik contoh kalo terlepas solat Dhuha pagi tadi, sayu hatinye..
p/s : erm.. adakah kite??

Orang yang terlepas seksaan di Padang Mahsyar yang panas

Berikut adalah orang-orang yang terlepas dari seksaan di Padang mashyar (menurut ceramah Ustad Ismail Kamus) :

1) Pemimpin yang adil.
2) Orang yang bersedekah yang tak tahu tangan kiri atau kanannya.
3) Orang yang muda-muda sudah beramal.
4) Orang yang suka pergi(beramal) ke masjid.
5) Orang yang dipelawa seorang wanita buat jahat, tapi menolaknya kerana takut pada Allah SWT.
6) Orang yang bersahabat baik kerana Allah SWT.
7) Orang yang bangun waktu malam, meleleh air matanya beribadat seorang diri.


p/s : semoga kita tergolong dalam orang-orang ini.. amin

17 November 2008

Berbaik sangka

“Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).
Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Q.S Al-Hujuraat : 6

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.
Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.
Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.
Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya :“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”Q.S Al-Hujuraat : 12
Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : “Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” HR. Muttafaqun alaihi

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda :“Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari
Larangan Berburuk SangkaKerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.
Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah ”

p/s : InsyAllah.. saya akan amalkan.. jom same2 amalkan.. ;)

14 November 2008

Perantau - Nazrey Johari (Nasyid Nostalgia The Zikr)

.

Perantau...
Musafir perjuangan,
Tabahkanlah hatimu,
Berjuang di rantau orang,
Sedih pilu hanya enagkau yang tahu.

Ingatan ayah dan ibu,
Janganlah menghiris hatimu,
Kerinduan desa nan permai,
Janganlah melemahkan semangat juangmu.

Di waktu ujian badai terus melanda,
Engkau tetap gigih berjuang,
Membenarkan sabda junjungan,
Terus memburu menuntut janji,
Pastinya Islam gemilang lagi.

Tapi pejuang musafir perjuangan,
Ujian bukan batu penghalang,
Kerana itulah syarat dalam berjuang.

Oh pejuang di mana pun ada ketenangan,
Dimana pun ada kebahagian,
Bila insan kenal pada Tuhan,
Kasih sayang dan penbelaanNya,
Bagi insan yang menyerahkan,
Jiwa dan raga, ibu dan ayah kepada Allah.

:-)

Tips Elak dari Disengat

.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ada sesuatu yang saya bertemu dengannya, iaitu seekor kala, lalu menyengat pada saya tadi malam."

Beliau s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau mengucapkan ketika engkau berada di waktu petang, iaitu: "A'udzu bikalimatilahit tammati min syarri ma khalaq (Saya mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari apa saja yang diciptakan olehNya), nescayalah binatang itu tidak akan membahayakan padamu."

(Riwayat Muslim)

31 Oktober 2008

Cerita Cinta dan Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...


pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....
==============

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Sekian, terima kasih... lain kali saya akan kongsikan pula tips2 serta cerita2 yang lain.

By Mohd Suhaimy Abu Bakar

29 Oktober 2008

Kereta Terkunci Dari Dalam

Anda tertinggal kunci dan remote device dalam kereta yang terkunci dari
dalam. Atau anak kecil anda tertekan butang central lock.

Pinjam/Dapatkan handphone dan berdiri jarak kurang satu kaki /
berhampiran
tayar kanan pemandu (alarm receiver). Call your wife di rumah dan minta
dia
RETURN CALL bersama spare key dan remote. Minta your wife tekan unlock
button sambil sentuh handphone. ( handphone sahaja, fixed line kurang
sesuai ).

Perlu diingat bahawa remote alarm device menggunakan spectrum Long Wave
Radio frequency dan handphone pula menggunakan spectrum Short wave
Radio
Frequency yg boleh diselitkan Long wave. Bergantung kepada Alarm
Device.

Dapat info dari kejadian di Petrol Station.

Selamat Mencuba.

FOTOCUN - Fotografi Perkahwinan

.
FOTOCUN
Fotografi Perkahwinan Malaysia

Menyediakan Perkhidmatan Fotografi Professional di semenanjung Malaysia. Abadikan potrait dan hari bahagia anda bersama kami, kami akan merealisasikan impian anda. Gambar yang kreatif, semula jadi, hidup dan penuh dengan emosi

Perkhidmatan Cetak Custom Album
Selain dari perkhidmatan Fotografi kami juga menyediakan perkhidmatan Mencetak Custom Album untuk pelanggan yang mempunyai gambar perkahwinan @ keramaian sama ada sudah diedit atau belum, Kini semua mampu memiliki Custom Album,

Perkhidmatan Foto Keluarga
Fotocun.com juga Menyedikan Perkhidmatan Foto Keluarga, tidak perlu datang ke studio kami untuk mengambil gambar, kami akan datang terus ke rumah anda




Berminat?

Cahaya hati - Opick

.

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

20 Oktober 2008

Koleksi Al-Hadith

Setiap Masa

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu berzikir kepada Allah dalam segala keadaannya."

(Riwayat Muslim)

Allah Merasa Bangga


Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Mu'awiyah r.a. keluar menuju suatu golongan yang berhimpun dalam masjid, lalu ia berkata,"Apakah yang menyebabkan engkau semua duduk ini?"

Orang-orang menjawab,"Kami duduk untuk berzikir kepada Allah."

Ia berkata lagi, "Apakah, demi Allah, tidak ada yang menyebabkan engkau semua duduk ini melainkan karena berzikir kepada Allah saja?"

Mereka menjawab, "Ya, tidak ada yang menyebabkan kita semua duduk ini, kecuali untuk itu."

Mu'awiyah lalu berkata: "Sebenarnya saya bukannya meminta sumpah dari engkau semua itu karena sesuatu dugaan yang meragukan terhadap dirimu semua dan tiada seorang pun yang sebagaimana kedudukan saya ini dari Rasulullah s.a.w. yang lebih sedikit hadisnya daripada saya sendiri.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu ketika keluar menuju suatu golongan yang berhimpun dari kalangan sahabat-sahabatnya, lalu beliau s.a.w. bersabda, "Apakah yang menyebabkan engkau semua duduk ini?"

Para sahabat menjawab, "Kita duduk untuk berzikir kepada Allah, juga memuji padaNya karena telah menunjukkan kita semua kepada Agama Islam dan mengaruniakan kenikmatan Islam itu pada kita."

Beliau s.a.w. bersabda lagi, "Apakah, demi Allah, tidak menyebabkan engkau semua duduk ini melainkan karena itu?"

Sesungguhnya saya bukannya meminta sumpah dari engkau semua itu karena sesuatu dugaan yang meragukan terhadap dirimu semua, tetapi Jibril datang padaku dan memberitahukan bahwasanya Allah merasa bangga dengan kamu kepada malaikat - yakni kebanggaanNya itu ditunjukkan kepada para malaikat."

(Riwayat Muslim)

Sutera hanya untuk wanita

Daripada Sayidina Ali r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah dihadiahkan dengan pakaian bersulam lalu baginda mengirimkannya kepadaku. Akupun memakainya tetapi aku melihat kemurkaan di wajah baginda. Baginda bersabda: Sesungguhnya aku mengirimkan pakaian itu kepadamu bukan untuk dipakai tetapi aku mengirimkannya supaya engkau jadikannya sebagai kain tudung wanita.

(Riwayat Muslim)

7 yang disuruh , 7 yang dilarang


Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya:

Rasulullah s.a.w memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Baginda memerintahkan kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, menunaikan sumpah dengan benar, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam. Baginda melarang kami memakai cincin atau bercincin emas, minum dengan bekas minuman dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qasiyyi iaitu pakaian berjalur yang diperbuat dari sutera, serta mengenakan pakaian sutera, sutera tebal dan sutera halus.

(Riwayat Muslim)

Jangan Jadi Pencetus


Daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki yang paling dibenci oleh Allah s.w.t ialah lelaki yang suka mencetuskan perselisihan yang sengit.

(Riwayat Muslim)


Minum Guna Bekas Air Perak


Daripada Ummu Salamah r.a isteri Nabi s.a.w, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Orang yang minum dengan wadah atau bekas air yang diperbuat dari perak, sesungguhnya akan dididihkan perutnya dengan api Neraka Jahanam.

(Riwayat Muslim)

Lamanya Solat Nabi

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Saya pernah bersolat bersama Nabi s.a.w. pada malam hari, maka beliau berdiri lama, sehingga saya ingin melakukan sesuatu yang buruk." Lalu ditanya: "Apakah yang ingin engkau lakukan?" Dia menjawab, "Saya ingin duduk dan meninggalkan beliau s.a.w.(yakni berhenti bersolat)"

(Muttafaq 'alaih)


Solat Di Akhir Malam

Daripada Aisyah r.a. pula bahawasanya Nabi s.a.w. tidur di permulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersolat."

(Muttafaq 'alaih)



Bersedekah Setiap hari


Daripada Abu Zar r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap ruas tulang dari seseorang di antara kamu harus bersedekah setiap pagi. Maka setiap sekali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahmid adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahlil adalah sedekah, setiap sekali bacaan takbir adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan juga sedekah, mencegah dari kemungkaran juga sedekah dan keseluruhannya itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang itu dari shalat Dhuha."


(Riwayat Muslim)

Antara Hidup Dan Mati

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati."

(Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati."

(Riwayat Muslim)


Sujud


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Sedekat-dekat seorang hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkan doa."

(Riwayat Muslim)



Seribu Kebaikkan Setiap Hari

Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Adakah seseorang di antara kamu tidak kuasa mencari seribu kebaikan dalam setiap harinya?" Kemudian ada seorang dari golongan yang duduk-duduk di waktu itu bertanya pada beliau s.a.w.: "Bagaimanakah caranya mencari seribu kebaikan itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Hendaknya orang (yang ingin mendapat seribu kebaikan dalam sehari itu) tadi membaca tasbih seratus kali, maka untuknya dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau dihapuskanlah dari dirinya seribu kesalahan."
(Riwayat Muslim)


Ingin mendapatkan hadis-hadis setiap hari??

langgani dengan menghantar emel kosong di
sabda_nabi-subscribe@yahoogroups.com

12 Oktober 2008

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)

.
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah
di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin,
di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku
ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

p/s : Sgt baik untuk dikongsi..

09 Oktober 2008

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah serta Gabung Puasa

.
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.


” kau , dah hari ker berapa dah?”

“aku dah 5 hari dah ni”

“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ’sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Sumber :

Zaharuddin Abd Rahman


p/s: menyampai dan menghebah..

06 Oktober 2008

.:: Selamat hari Raya ::.

.


- Salam Aidilfitri daripada saya sekeluarga -


Maafkan jika terkasar bahasa, terkata, terambil, duplicate dsb..

Maaf Zahir Batin


p/s : berhati dijalan raya.. pakai topi keledar, ingatlah orang tersayang..