Inginkan kerisik untuk masakan anda? Hanya RM.2.50 sahaja. Terbukti keenakkannya.. Try lah sekali baru tahu..
Call : 0127033714 - wan
28 September 2009
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun...
Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.
Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.
Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu.
Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.
(Riwayat Muslim)

01 September 2009
Al-Hadith
Al-Hadith : Berkata-kata Baik Juga Dikira Sedekah
Daripada 'Adiy bin Hatim r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Takutlah engkau semua kepada neraka, sekalipun dengan jalan bersedekah dengan potongan kurma, maka barangsiapa yang tidak dapat menemukan itu, maka hendaklah bersedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik."
(Muttafaq 'alaih)
Al-Hadith : Cara Membuat Orang Lain Faham
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. apabila berbicara dengan sesuatu pembicaraan, maka beliau s.a.w. mengulanginya tiga kali sehingga dapat difahami apa yang dikatakannya itu. Dan jikalau beliau s.a.w. itu datang pada sesuatu kaum, lalu memberikan salam kepada mereka, maka salam itu diucapkan sebanyak tiga kali."
(Riwayat Bukhari)
Al-Hadith : Cara Nabi Ketawa
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. dalam ketawa itu bersangatan sehingga terlihat anak tekaknya, hanyasanya ketawa beliau s.a.w. itu adalah tersenyum.
(Muttafaq 'alaih)
Al-Hadith : Konsisten Dalam Beribadah
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya:
"Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu. Dahulu ia suka berdiri bersembahyang diwaktu malam, tetapi kini ia meninggalkan bersembahyang di waktu malam itu."
(Muttafaq 'alaih)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.
(Muttafaq 'alaih)
"Sesungguhnya seburuk-buruknya manusia di sisi Allah dalam hal kedudukannya pada hari kiamat ialah seseorang lelaki yang menyetubuhi isterinya dan isterinya itu pun menyetubuhinya, kemudian menyiar-nyiarkan rahsia isterinya itu," misalnya mengatakan pada orang lain perihal cara bersetubuhnya atau apa-apa yang dilakukan sebelum itu dan lain-lain. Hal ini termasuk dosa besar.
(Riwayat Muslim)
Subscribe to sabda_nabi-subscribe@yahoogroups.com
Daripada 'Adiy bin Hatim r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Takutlah engkau semua kepada neraka, sekalipun dengan jalan bersedekah dengan potongan kurma, maka barangsiapa yang tidak dapat menemukan itu, maka hendaklah bersedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik."
(Muttafaq 'alaih)
Al-Hadith : Cara Membuat Orang Lain Faham
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. apabila berbicara dengan sesuatu pembicaraan, maka beliau s.a.w. mengulanginya tiga kali sehingga dapat difahami apa yang dikatakannya itu. Dan jikalau beliau s.a.w. itu datang pada sesuatu kaum, lalu memberikan salam kepada mereka, maka salam itu diucapkan sebanyak tiga kali."(Riwayat Bukhari)
Al-Hadith : Cara Nabi Ketawa
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. dalam ketawa itu bersangatan sehingga terlihat anak tekaknya, hanyasanya ketawa beliau s.a.w. itu adalah tersenyum.(Muttafaq 'alaih)
Al-Hadith : Konsisten Dalam Beribadah
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya:"Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu. Dahulu ia suka berdiri bersembahyang diwaktu malam, tetapi kini ia meninggalkan bersembahyang di waktu malam itu."
(Muttafaq 'alaih)
Al-Hadith : Jangan Ada Ciri-Ciri Ini
Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.
(Muttafaq 'alaih)
Al-Hadith : Seburuk-buruk Manusia Pada Hari Kiamat
Daripada Abu Said al-Khudri r.a, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya seburuk-buruknya manusia di sisi Allah dalam hal kedudukannya pada hari kiamat ialah seseorang lelaki yang menyetubuhi isterinya dan isterinya itu pun menyetubuhinya, kemudian menyiar-nyiarkan rahsia isterinya itu," misalnya mengatakan pada orang lain perihal cara bersetubuhnya atau apa-apa yang dilakukan sebelum itu dan lain-lain. Hal ini termasuk dosa besar.
(Riwayat Muslim)
Subscribe to sabda_nabi-subscribe@
Langgan:
Catatan (Atom)