24 Februari 2009

Kukuhkah Institusi Kekeluarga Sekarang???

Tergerak untuk menulis, hal yang patut di kongsi oleh semua yang sudah bekeluarga atau pun belum. Cerita ini adalah cerita yang benar yang diceritakan oleh rakan sekerja yg sy rapat dgnnya. Nampaknya sekarang institusi perkahwinan kian longgar. Baru kawen 3~4 tahun dah goyang, si suami mula nak meragam. Nak menyalahkan lelaki semata-mata pun tak boleh , sebab yang perempuannya pun melayan walaupun dah tau itu suami orang. Lebih teruk lagi sampai bercerai berai. Oklah ni nak ceritakan ape yg sy saksikan sendiri..

Cerita pertama , rakan sekerja saya menceritakan yang sedaranya yg sudah berkahwin dan beranak satu bekerja sebagai engineer di Petronas, telah jatuh hati dengan seorang wanita baru masuk bekerja. Lebih buruk lagi, apabila wanita yg baru bekerja itu melayan walaupun die dah tau yang lelaki tu da berkahwin. So sekarang hubungan tu masih berlangsung, sedangkan isteri lelaki tu masih lagi tak tau.. So sape yang salah?

Cerita kedua, rakan yang sama juga bercerita, kali ni kawan YMnya(juga btelah eranak satu dan sedang mengandung anak kedua skang) bercerita tentang suaminya yang mula berubah(sy menyaksikan sendiri dia berYM). Suaminya mula menjadi pemarah tak tentu pasal, mula balik lewat dan kekadang tak balik langsung. Gerak geri suaminye die ikuti dan akhirnya terkantol apabila die membelek hp suaminya, nampak la no-no yang tiada nama kat" dialled number" , so die try la call no tuh.. then ppuan yang jawab.. tapi biasa la , sbb bdk ppuan tu tau no tu no suami a.k.a pakwe die, so tau-tau la ape perkataan ape yg keluar, teka la? hehe.. Yang sayangnye si isteri tu takmo ckp kat mak n ayah mentuanye.. so.. smpi skang la si isteri pendam perasaan.. kesian..

3) Cite pemain badminton negara kite yg sedang hangat , baru 12 hari berkahwen da bercerai..ape citer??

Mcm mana ek nak mengelakkan kes-kes mcm nih.. berkahwen baru beranak satu da mula buat hal.. kekadang sedih juga sbb institusi rumahtangga ni mcm di permainkan. Kalo sebelum kawen sayangnye bukan main, tp knape lepas kawen mula berkurangan? ptt makin lama makin sayang.. pokok pangkal pada hati.. mmg lelaki bole kawen lebih satu, tapi tak semua ppuan boleh terima bila di madukan. lelagi jenis kawen lebih tp tak adil. Oklah malas nak tulis pnjg.. ni ada sket tips pada pasangan yang yg nak berkawen n yg da berkawen. tips dapat dari ceramah2 yg penah dgr.. ok thanks

tips :
1) Pada suami org, jgn buka peluang untuk berkenalan ngan ppuan lain (contohnye berYM ngan ppuan lain walaupun sesaje jer), dr survey sy kebanyakkan ppuan yg dah berkawen ni akan ym ngan member2 ppuan jer. kalo lelaki ni.. ish malas nak citer.... terbukti ..
2)
Isytihar semua no tepon yg ada dlm hp (bgth isteri n bakal isteri semua no yg ada dan bgth sape die nenek ker, anak sedara ker, makcik ker) , buang semua no tepon kawan2 ppuan dalam hp dan dimana saja. - yang ni sy dgr ceramah dari ustad ismail kamus.
3) Pastikan kedua2 pasangan tau pasword akaun2 internet cthnye emel, frenster dll. Kalo die tak bagi.. haa.. terpulang la pada anda sbb anda yg mengetahui pasangan anda..
4) Sebelum berkahwin, buat syarat pada suami suh die berjanji bahawa die takkan kawen lain..
- yang ni sy dgr ceramah dari ustad ismail kamus jgk.
5)
Yang ppuan plak, kalo dah tau lelaki tu dah ada isteri, takyah la nak mengada2 nak layan.
6) Cubelah untuk setia walaupun belum berkahwin. Apabila kite didik diri untuk setia, InsyAllah kesetiaan akan terus berkekalan smpi bebila.
7) Jangan letakkan 100% rasa sayang pada pasangan.. sayangi la juga diri sendiri dan anak2, mak ayah.. dan terpenting pd Allah dan juga Nabi kita..

Ada lagi nanti la masukkan.. nak wat keje plak... kalo ada cdgn bgth la..

p/s : maafkan kalo ada terasa.. tp inilah kenyataan.. perkahwinan bukan perkara yg bole dibuat main2..


artikel dari utusan - 3 Mac 2009 / 6 Rabiul Awal 1430

Kes cerai kini mencecah 75,299

KUALA LUMPUR 2 Mac – Sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu.

Jumlah kes perceraian itu didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, daripada keseluruhan kes pada tahun lepas, Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 2,023 kes manakala catatan terendah ialah di Perlis iaitu 24 kes.

Menurut Mashitah, antara punca perceraian ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami.

‘‘Selain itu, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mashitah berkata, jumlah kes perceraian di negeri lain pada 2008 ialah Kedah sebanyak 1,561 kes, Kelantan (1,386), Selangor (1,138), Perak (1,081), Terengganu (881), Melaka (675), Sarawak (571), Pahang (524), Wilayah Persekutuan (380), Sabah (346) dan Negeri Sembilan (78).

Katanya, bagi menangani masalah membabitkan perceraian, kerajaan menubuhkan sulh di setiap mahkamah Syariah bagi menyelesaikan isu di peringkat awal sebaik saja difailkan di mahkamah.

Menjawab soalan tambahan Mohd. Jidin sama ada hanya mahkamah dibenarkan membuat keputusan mengenai perceraian, Mashitah berkata, ia wajib dilakukan di mahkamah untuk mengelak berlakunya penganiayaan kepada mana-mana pihak.

‘‘Lafaz perceraian wajib difailkan di dalam mahkamah untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan pada mana-mana pihak dan membolehkan sulh memanggil kedua-dua pihak bagi menjalani kaunseling untuk mengelakkan perceraian,” katanya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Zuraida Kamarudddin (PKR-Ampang) bagi soalan lisan berasingan, Mashitah berkata, kerajaan merancang menjadikan masjid bukan saja sebagai tempat ibadah tetapi juga pusat ekonomi.

Memberikan contoh Masjid Bandar Baru Uda, Johor, Mashitah berkata, satu Yayasan Masjid ditubuhkan yang bertanggungjawab menyediakan pusat dialisis, khidmat kitar semula, rangkaian kedai runcit, sekolah agama, perkhidmatan katering dan melahirkan sukarelawan bagi aktiviti sosial kepada anak kariah.

Menjawab soalan tambahan Zuraida, beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Ampang itu yang menyatakan sebahagian besar masjid di negara ini lebih kepada ‘dhirar’ iaitu mengutamakan pembentukan ukiran seni bina adalah tidak benar.

‘‘Kalau tengok masjid yang ada kesenian, tidak sesuai dikatakan sebagai masjid dhirar.

‘‘Ini kerana, kalau Yang Berhormat pergi melawat ke masjid terbilang dalam sejarah Islam pun mempunyai kesenian tersendiri yang akhirnya menjadi punca atau sumber tamadun umatnya sendiri,” katanya.

19 Februari 2009

Fuel Consumption

Fuel consumption, secara purata:

GRAND LIVINA 13km/ liter
Viva 660(M) 18km / liter
Viva 850(M) 17km/ liter
Viva 1.0(M) 17km/ liter
Viva 1.0(A) 15km/ liter
Honda Accord 2.0(A) 17km/ liter
Honda Accord 2.4(A) 17km/ liter
Honda Civic Hybrid 30km/ liter

*Fuel consumption, selain dari faktor kereta, faktor pemanduan dan penjagaan kereta pun sama pentingnya.

TIPS DAN CARA-CARA JIMAT MINYAK

Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh membantu penjimatan kereta anda. Menjimatkan minyak bererti anda menjimatkan duit. Langkah ini berpunca dari dua faktor utama yang perlu diambil perhatian:

  1. Cara pemanduan anda
  2. Penjagaan kereta

____________________________________________________________

1. BAB: Cara pemanduan anda


_____________________________________________________________

· Pandu secara konsisten dan steady

Pemanduan konsisten dan steady meliputi aspek berikut:


Kekalkan kelajuan yang sesuai

Pandulah kereta anda pada kadar yang sesuai dengan CC kereta anda. Pastikan meter RPM anda tidak mencapai tahap yang tinggi. RPM yang sesuai adalah dibawah 3000. Caranya, jangan tekan pedal minyak terlalu kuat. Tekan secara lembut dan steady.

Biasanya pada kadar dibawah 100km sejam, banyak menjimatkan minyak.


Gear 1-2-3-4-5

Untuk kereta manual, kedudukan gear mempengaruhi penggunaan petrol. Biasanya gear 1 untuk gerak mula, gear dulu kelajuan bawah 20km/j, gear 3 antara 20km/j – 40km/j, gear 4 anatar 40km/j – 80km/j, dan gear 5 untuk kelajuan meleibihi 80km/j. Secara umum, pada kedudukan gear 5, adalah yang paling jimat minyak.


Elakkan pecutan (acceleration) deras

Kelajuan dan pecutan adalah dua perkara yang berbeza. Pecutan adalah kadar masa yang diambil untuk satu kelajuan dari kelajuan sebelumnya. Lebih singkat masa diambil, lebih deras pecutannya. Pecutan deras melibatkan deruman rpm yang tinggi. Untuk jimat minyak, elakkan pecutan sebegini, pandulah dengan steady.


Elakkan tekan brake secara mengejut

Menekan brake secara mengejut selalunya mengujakan dengan bunyi seretan tayar. Anda juga merasa anda pelumba. Sebenarnya perbuatan ini bukan sahaja merbahaya tapi banyak makan minyak.


· Rancang Perjalanan anda

Untuk perjalanan jauh, terutama musim perayaan, pastikan anda merancang perjalanan anda. Anda perlu bijak meneka masa yang paling sibuk.

Tips ini juga sesuai untuk pemanduan di bandar. Perhatikan kesesakan jalan dan cuba cari masa yang sesuai dan jalan alternative. Menghampiri lampu isyarat misalnya, anda tidak perlu memecut dan brake mengejut. Pandu dengan steady.


· Pengunaan air-cond

Saya kurang berminat untuk menyebutkan perkara ini, terutama untuk pemandu di bandar. Hanya disebabkan untuk berjimat minyak, anda perlu menyedut habuk-habuk jalan dan udara kotor karbon dari asap kereta lain, berpeluh-peluh kepanasan dengan trafik yang sesak. Secara peribadi, ini tidak praktikal.

Suatu fakta yang menarik, memandu pada kelajuan atas 80km/j, menggunakan air-con sebenarnya lebih menjimatkan. Membiarkan tingkap terbuka menyebabkan halangan aliran aero-dynamic kereta anda.


_____________________________________________________________

BAB: Penjagaan kereta

_____________________________________________________________

· Pastikan tekanan angin tayar anda betul

Jangan biarkan tayar kereta anda kempis. Tayar kempis juga membahayakan keselamatan anda, mencepatkan tayar botak dan memberi kesan tidak baik kepada kereta anda. Disebabkan kelecehan, kita selalunya malas nak isi angin. Tayar biasanya hilang angin disebabkan terlanggar lubang, bump jalan dan sebagainya. Pastikan juga alignment dan balancing tayar anda dalam keadaan baik.

Rajin-rajinkanlah isi angin tayar anda mengikut yang ditetapkan pengeluar, sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau rasa alignment dan balancing tayar dah lari, pergi kedai tayar untuk pelarasan. Gunakan tayar yang disyorkan oleh pengeluar.


· Rim tayar yang sesuai

Rim tayar yang sesuai adalah mengikut spesifikasi pengeluar dan CC kereta anda. Rim yang besar dan berat akan meningkatkan penggunaan minyak anda.


· Elakkan membawa muatan berat yang tidak perlu.

Jangan jadikan kereta anda menjadi stor menyimpan barang. Menjadikan kereta anda sebagai stor bukan sahaja meningkatkan penggunaan minyak, tetapi kereta anda kelihatan serabut.


· Penyelenggaraan berjadual

Servis engine kereta anda mengikut jadual yang ditetapkan. Misalnya setiap 5000km, 10,000km batuan (mileage) mengikut spesifikasi minyak pelincir anda dan nasihat mekanik anda. Engine yang lancar, bukan sahaja penting untuk memastikan kereta anda tidak bermasalah, bahkan membantu menjimatkan minyak. Selalulah bertanya kepada mekanik anda dan cuba ambil tahu setiap komponen tersebut. Tidak susah sebenarnya.

Semasa servis menukar minyak pelincir, anda perlu tahu apa parts yang patut diperhatikan:

  1. Penapis-udara (air-filter)

Kalau penapis-udara masih ok, tak payahlah ganti. Kalau setakat kotor sikit-sikit, minta mekanik tu bersihkan. Kalau kotor sebab dah lama ganti, baru ganti yang baru. Penapis-udara yang kotor menghalang aliran udara masuk ke dalam engine. Mengikut kajian, penapis-udara yang kotor boleh menyebabkan 10% kenaikan penggunaan minyak.


  1. Penapis-minyak (oil-filter)

Secara umumnya, oil-filter akan diganti setiap kali anda menukar minyak pelincir (selalunya disebut minyak hitam) anda.


  1. Spark Plugs


Spark Plugs yang kotor dan haus, perlu diganti yang baru.

_______________________________________________________



Sukar untuk mempraktikkan tips di atas?

Kesukaran yang saya alami hanyalah dalam perkara kelajuan. Sukar sebenarnya, terutama untuk perjalanan balik kampung, untuk memandu di bawah 100km/j. Yang lain-lain tu, Insyaallah ok.


sumber : http://sembangkereta.blogspot.com/2009/01/tips-dan-cara-cara-jimat-minyak.html


17 Februari 2009

Jangan!!!

Jangan sengaja lewatkan solat .
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.


Jangan
makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan .
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.


Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.



Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH

dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.



Jangan
bakhil untuk bersedekah .
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.



Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa


Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.



Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan, Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.





ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.



Wasalam


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)



"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."