29 Januari 2009

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki l ain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

p/s : thanks pada yg bg emel ni.. sgt berguna buat sy..

19 Januari 2009

Musim Limau Kembali

.


Emm.. mcm biasa la kalo time nak raya cina ni.. bende ni mmg laku hehe..
Tgk kat umah je da ada 5 kolak untuk di balun, 3 kotak da abes.. ada tinggal 2 lagi.. hehe

Kat Segamat ni yang murah kat Giant la harga sekotak , Saiz M = RM6.50

15 Januari 2009

Belajar.. Belajar.. Belajar..

Semalam adalah malam yg pertama mentelaah modul yang diberi pada hari pendaftaran lepas. Wah.. setelah 4 tahun dah tinggal belajar, da berkarat da otak ni, nak kene grinding dan basuh balik bagi fresh.. di tambah dengan bahasa omputih.. lagi la ting tong..

Tapi ape pun ini cume sementara, tgh nak amik tune .. InsyAllah berazam untuk cemerlang dalam pembelajaran sepanjang pengajian ni.. Semoga Allah sentiasa bersama. Amin.

Kepada yang memberi semangat, terima kasih diucapkan.. Doakan saya untuk berjaya dalam pengajian ini..

12 Januari 2009

Borang Menjadi Pengedar


Borang Menjadi Pengedar Antivirus Kaspersky


" The Best Computer Security on Antivirus and Internet Prevention "




Nama* :
No HP* :
Emel* :
Negeri* :
Daerah :
Catatan :
(Jika ada)

* Ruang wajib isi
Image Verificationsa
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]



09 Januari 2009

Palestine semakin mengecil


Sekarang ni pun tanah palestin dah tinggal sikit… mcm manalah diaorg nak pertahankan Gaza yg kenit dlm peta ni…





08 Januari 2009

AKU BUKAN MUSUH HARTA

AKU BUKAN MUSUH HARTA
ciptaan : Dr Asri Zainul Abidin
nyanyian : Kopratasa

Mereka kata :
mengapa kita tidak kaya raya?
tengoklah si fulan itu, bermewahan saja...
aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?
tapi... secara mulia dan tanpa berdusta
.
bukan kita tidak tahu
jalan, denai dan liku
agar harta ditemu dan disapu
tapi semuanya cara palsu dan tipu....
bukan kita tidak mahu
tapi kita tidak mampu
takut dan terkedu
mengenangkan Yang Maha Satu
Yang Tiada BagiNya sekutu
.
ya, telah kaya pengkhianat
dengan harta yang sarat
tapi mereka lupa akhirat
balasan yang berat
di dunia, jiwa bertukar menjadi keparat
.
ya, telah kaya para pendusta
syarat mereka: lupakan Yang Esa
harta rakyat, semua disebat
harta awam, semua dibekam
hukum syaitan, mereka bertuhan
.
kita pun ingin kaya
ada harta, ada kereta yang istemewa
ada rumah mewah yang melimpah
ada hidangan yang bukan sebarangan
ada duit yang bukan sedikit
.
tapi.. jalannya hendaklah suci
bukan seperti seorang pencuri
jika ada jalan yang mulia
di hujungnya ada harta
tunjukkan kita, di mana saja
kita bukan musuh harta
kita cuma musuh pengkhianat bangsa
dan negara
apatah lagi pengkhianat agama...

p/s : pedas juga lagu nih. (tiada kene mengena dgn sesapa, hidup ataupun mati.. hanya utk renungan & mengingati sesama manusia)

05 Januari 2009

Bantulah Palestin , Help Palestine , Donate for palestine

.

Bolehkah kita duduk bersenang di sini..
Sementara saudara kita di Palestin sedang menderita?

Bolehkah kita makan sedap2..
Sementara saudara kita di sana sedang kelaparan akibat perperangan?

Bolehkah kita tidur dengan lena..
Sementara saudara kita, sedang bertarung dgn kematian?


Bantulah saudara kita.. hulurkan derma dan doa
Berjuang dengan mereka..


No Akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Dermalah walau dengan doa..


Help palestine.. give them pray and donate..


Allahu Akhbar!!!

Boycott Israel , America and Britain product..
Show them that we are not agree with what their doing to our brotherhood..

-wan kkseg-

02 Januari 2009

risau..

Risau juga melihatkan hujan turun dari awal malam semalam hingga pagi nih.. takut air bah akan kembali seperti tahun2 yang lepas. Kalaulah banjir berlaku, nampaknya terpaksa terkurung di kampung (Felda Medoi, Segamat) .

Teringat pada tahun 2006, seminggu lebih terkurung dalam kampung smpi bekalan makanan pun da abes. Makan roti kering cicah milo jer.. Letrik ngan air terputus. Fuh mmg terasa mcm katak bawah tempurung.. tak tau cerita kat dunia luar.. Tapi seronok kerana dapat menjala, pasang pukat dan memancing. Yang tak tahan bila lintah ngan pacat naik ke badan.. seriau rasanya. Tapi kenangan tu mmg tak dapat dilupakan. seronok ooo..

01 Januari 2009

Terima Kasih (Reseller)


Terima Kasih Kerana Berminat untuk menjadi penjual Kaspersky

Saya akan memberi harga yang terbaik untuk anda menjual
produk perlindungan keselamatan komputer yang terbaik ini.

sebarang masalah sila hubungi saya di :

yahoo messenger = wan_sgmt
hp = 0127033714