19 Disember 2016

Makanan Penyumbang Kepada Darah Tinggi


Hari ini admin ingin kongsi berkenaan makanan yang menyumbang kepada penyakit darah tinggi yang kebanyakkan rakyat Malaysia mengalaminya. 

Ape-ape admin nak kongsi apa itu darah tinggi dan penyebabnya :

Pengenalan

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.


Bacaan Tekanan Darah

Kategori
Sistolik

Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan
bawah 90



Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan
samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.


Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada
keluarga anda dan kerja anda.
• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi


Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

• Sebab yang tidak diketahui (90%)

• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah


Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.


Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi


Tanda dan Gejala

• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
sakit kepala atau pening kepala
• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
(bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.


Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

• Otak
- Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

• Penyakit jantung seperti :
- Coronary Heart Disease
- Congestive Heart Failure
- Left Ventricular Hypertrophy

• Komplikasi pada mata
- Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
- Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

• Komplikasi pada buah pinggang
- Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin Microalbuminuria, Proteinuria).

• Peripheral vascular disease seperti
- Aneurysm
- Kehilangan satu atau lebih denyut nadi


Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat

• tanpa menggunakan ubatan
- Perlu mengubah amalan cara hidup andae
- Amalkan permakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
- Melakukan senaman berkala
- Kurangkan berat badan jika berlebihan
- Atasi tekanan secara berkesan
- Berhenti merokok


Kategori tekanan darah normal/optima

• Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.

Pra Hypertensi

• Amalkan gaya hidup sihat
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
• Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

• Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
• Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
• Amalkan pemakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan

• Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
• Kurangkan berat badan jika berlebihan
• Atasi tekanan secara berkesan
• Berhenti merokok
• Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi
• Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
diarahkan
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

• Amalkan gaya hidup sihat
• Berhenti merokok
• Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
• Prevent and treat complications early
• Pengesanan komplikasi terutamanya :
- Jantung
- Ginjal
- Mata

• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Di ambil dari sumber : Blog Fajridil


Admin galakkan untung mengurangkan pemngambilan makanan di carta ini 
kerana ia penyumbang utama kepada darah tinggi.

28 November 2016

Penyakit Berkaitan Berat Berlebihan / Gemuk


p/s : Admin pun  tengah kuruskan badan.. Jom kita kuruskan badan dan jalani hidup dengan sihat.

Sumbangan kepada Madrasah Tahfiz al-Quran di Segamat


Madrasah Tahfiz al-Quraan


Segala sumbangan boleh dimasukkan ke dalam Bank Islam di akaun:
Bank Islam: 01078010017368
Nama Pemegang Akaun: MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN DAN PENGAJIAN KITAB THURAS

"Infaq ke Jalan Allah"
"What you give, you get back"

26 November 2016

Format dan Baiki Komputer di Seberang Jaya, Penang ( Format and Repairing Computer / Laptop)





Komputer anda rosak? 
Skrin pecah?, keyboard rosak?, pc/laptop tak hidup?, lampu nyala tapi skrin tak hidup?,
Tarikh dah betulkan tapi balik ke tarikh bertahun-tahun lepas?




Pakar dalam memformat , membaiki dan juga menjual pc dan laptop second hand
dengan harga yang murah dari kedai.
Kenapa murah? kerana saya membuat secara freelance (sambilan) ofkos la murah!!
:) :)

Servis yang ditawarkan :
- FORMAT komputer ; laptop serendah RM30 siap software lagi.
 (Juga ada sediakan Deep Format)
- BAIKI komputer dan laptop (LCD/LED, Baiki Motherboard, Keyboard, Power Supply (Board dan PowerPlug) dan macam-macam lagi.

  , USB Panel dan Semua bahagian komputer dan laptop.
- MENJUAL laptop dan komputer yang murah dengan spec yang tinggi.
- SETTING WiFi (Supaya tak mudah di ceroboh) , Networking dan semua setting
berkaitan komputer.
- Semua berkaitan komputer dan laptop boleh kontek saya.

Apa tunggu lagi, hubungi saya segera!!
-Wan-

O13-622.66.70

layari : Iwaniz Computer

25 November 2016

Khasiat Tempe Yang Anda Tidak Ketahui








Tempe ni kalau makan panas-panas memang best gila kot! Biasanya tempe dijual di kedai runcit atau pasaraya dengan bersalut plastik ataupun suratkhabar. Goreng pun sedap , buat sambal tempe lagi sedap! Makanan ini sangat sinonim dengan masyarakat di Indonesia ataupun jawa.  Rugi kalau korang tak suka makan tempe tau, nak tahu kenapa? Ini sebab-sebab yang korang perlu tahu:

1)Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu. Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM. Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah korang.

2) Ya, tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan korang sentiasa kelihatan muda.  Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.

3) Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatan kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama tinggi seperti daging.



4) Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi. Kenapa?  Tempe mengandungi zat besi, flafoid  yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

5) Kalau korang ada masalah cirit birit, amalkan makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.

 p /s : Admin pun penggemar tempe ni.. biasa buat ratah je goreng dengan serbuk kunyit .. cicah sambal kicap.. peehhhhh meleleh oiii...

sumber : THR GEGAR