24 Februari 2009

Kukuhkah Institusi Kekeluarga Sekarang???

Tergerak untuk menulis, hal yang patut di kongsi oleh semua yang sudah bekeluarga atau pun belum. Cerita ini adalah cerita yang benar yang diceritakan oleh rakan sekerja yg sy rapat dgnnya. Nampaknya sekarang institusi perkahwinan kian longgar. Baru kawen 3~4 tahun dah goyang, si suami mula nak meragam. Nak menyalahkan lelaki semata-mata pun tak boleh , sebab yang perempuannya pun melayan walaupun dah tau itu suami orang. Lebih teruk lagi sampai bercerai berai. Oklah ni nak ceritakan ape yg sy saksikan sendiri..

Cerita pertama , rakan sekerja saya menceritakan yang sedaranya yg sudah berkahwin dan beranak satu bekerja sebagai engineer di Petronas, telah jatuh hati dengan seorang wanita baru masuk bekerja. Lebih buruk lagi, apabila wanita yg baru bekerja itu melayan walaupun die dah tau yang lelaki tu da berkahwin. So sekarang hubungan tu masih berlangsung, sedangkan isteri lelaki tu masih lagi tak tau.. So sape yang salah?

Cerita kedua, rakan yang sama juga bercerita, kali ni kawan YMnya(juga btelah eranak satu dan sedang mengandung anak kedua skang) bercerita tentang suaminya yang mula berubah(sy menyaksikan sendiri dia berYM). Suaminya mula menjadi pemarah tak tentu pasal, mula balik lewat dan kekadang tak balik langsung. Gerak geri suaminye die ikuti dan akhirnya terkantol apabila die membelek hp suaminya, nampak la no-no yang tiada nama kat" dialled number" , so die try la call no tuh.. then ppuan yang jawab.. tapi biasa la , sbb bdk ppuan tu tau no tu no suami a.k.a pakwe die, so tau-tau la ape perkataan ape yg keluar, teka la? hehe.. Yang sayangnye si isteri tu takmo ckp kat mak n ayah mentuanye.. so.. smpi skang la si isteri pendam perasaan.. kesian..

3) Cite pemain badminton negara kite yg sedang hangat , baru 12 hari berkahwen da bercerai..ape citer??

Mcm mana ek nak mengelakkan kes-kes mcm nih.. berkahwen baru beranak satu da mula buat hal.. kekadang sedih juga sbb institusi rumahtangga ni mcm di permainkan. Kalo sebelum kawen sayangnye bukan main, tp knape lepas kawen mula berkurangan? ptt makin lama makin sayang.. pokok pangkal pada hati.. mmg lelaki bole kawen lebih satu, tapi tak semua ppuan boleh terima bila di madukan. lelagi jenis kawen lebih tp tak adil. Oklah malas nak tulis pnjg.. ni ada sket tips pada pasangan yang yg nak berkawen n yg da berkawen. tips dapat dari ceramah2 yg penah dgr.. ok thanks

tips :
1) Pada suami org, jgn buka peluang untuk berkenalan ngan ppuan lain (contohnye berYM ngan ppuan lain walaupun sesaje jer), dr survey sy kebanyakkan ppuan yg dah berkawen ni akan ym ngan member2 ppuan jer. kalo lelaki ni.. ish malas nak citer.... terbukti ..
2)
Isytihar semua no tepon yg ada dlm hp (bgth isteri n bakal isteri semua no yg ada dan bgth sape die nenek ker, anak sedara ker, makcik ker) , buang semua no tepon kawan2 ppuan dalam hp dan dimana saja. - yang ni sy dgr ceramah dari ustad ismail kamus.
3) Pastikan kedua2 pasangan tau pasword akaun2 internet cthnye emel, frenster dll. Kalo die tak bagi.. haa.. terpulang la pada anda sbb anda yg mengetahui pasangan anda..
4) Sebelum berkahwin, buat syarat pada suami suh die berjanji bahawa die takkan kawen lain..
- yang ni sy dgr ceramah dari ustad ismail kamus jgk.
5)
Yang ppuan plak, kalo dah tau lelaki tu dah ada isteri, takyah la nak mengada2 nak layan.
6) Cubelah untuk setia walaupun belum berkahwin. Apabila kite didik diri untuk setia, InsyAllah kesetiaan akan terus berkekalan smpi bebila.
7) Jangan letakkan 100% rasa sayang pada pasangan.. sayangi la juga diri sendiri dan anak2, mak ayah.. dan terpenting pd Allah dan juga Nabi kita..

Ada lagi nanti la masukkan.. nak wat keje plak... kalo ada cdgn bgth la..

p/s : maafkan kalo ada terasa.. tp inilah kenyataan.. perkahwinan bukan perkara yg bole dibuat main2..


artikel dari utusan - 3 Mac 2009 / 6 Rabiul Awal 1430

Kes cerai kini mencecah 75,299

KUALA LUMPUR 2 Mac – Sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu.

Jumlah kes perceraian itu didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, daripada keseluruhan kes pada tahun lepas, Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 2,023 kes manakala catatan terendah ialah di Perlis iaitu 24 kes.

Menurut Mashitah, antara punca perceraian ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami.

‘‘Selain itu, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mashitah berkata, jumlah kes perceraian di negeri lain pada 2008 ialah Kedah sebanyak 1,561 kes, Kelantan (1,386), Selangor (1,138), Perak (1,081), Terengganu (881), Melaka (675), Sarawak (571), Pahang (524), Wilayah Persekutuan (380), Sabah (346) dan Negeri Sembilan (78).

Katanya, bagi menangani masalah membabitkan perceraian, kerajaan menubuhkan sulh di setiap mahkamah Syariah bagi menyelesaikan isu di peringkat awal sebaik saja difailkan di mahkamah.

Menjawab soalan tambahan Mohd. Jidin sama ada hanya mahkamah dibenarkan membuat keputusan mengenai perceraian, Mashitah berkata, ia wajib dilakukan di mahkamah untuk mengelak berlakunya penganiayaan kepada mana-mana pihak.

‘‘Lafaz perceraian wajib difailkan di dalam mahkamah untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan pada mana-mana pihak dan membolehkan sulh memanggil kedua-dua pihak bagi menjalani kaunseling untuk mengelakkan perceraian,” katanya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Zuraida Kamarudddin (PKR-Ampang) bagi soalan lisan berasingan, Mashitah berkata, kerajaan merancang menjadikan masjid bukan saja sebagai tempat ibadah tetapi juga pusat ekonomi.

Memberikan contoh Masjid Bandar Baru Uda, Johor, Mashitah berkata, satu Yayasan Masjid ditubuhkan yang bertanggungjawab menyediakan pusat dialisis, khidmat kitar semula, rangkaian kedai runcit, sekolah agama, perkhidmatan katering dan melahirkan sukarelawan bagi aktiviti sosial kepada anak kariah.

Menjawab soalan tambahan Zuraida, beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Ampang itu yang menyatakan sebahagian besar masjid di negara ini lebih kepada ‘dhirar’ iaitu mengutamakan pembentukan ukiran seni bina adalah tidak benar.

‘‘Kalau tengok masjid yang ada kesenian, tidak sesuai dikatakan sebagai masjid dhirar.

‘‘Ini kerana, kalau Yang Berhormat pergi melawat ke masjid terbilang dalam sejarah Islam pun mempunyai kesenian tersendiri yang akhirnya menjadi punca atau sumber tamadun umatnya sendiri,” katanya.

Tiada ulasan: